Isnin, 29 Disember 2008

PROGRAM BUMI HIJAU ADA UDANG DIBALIK BATU

Pelancaran Bumi Hijau oleh ADUN Sungai Rambai Hasan Abd.Raman pada 4Dis2008 yg lalu menyebut terdapat tanah terbiar seluas 80hektar di Mukim Sebatu amat meragukan.Tanah milik LKIM itu kononnya akan dimajukan menjadi Taman Teknologi Pertanian.Tanah itu sebenarnya kawasan hutan paya bakau yg pada pengamatan saya merupakan zon penampan yg apabila dibangunkan akan memberikan kesan kpd alam sekitar dan keseimbangan ekologi.



(Rujuk U.Malaysia bahagian selatan 5Dis2008.)

Gula-gula BN yg menyatakan projek itu akan menjana pendapatan dan peluang pekerjaan adalah satu pembohongan besar.Kaw. itu sebenarnya terletak dlm kaw. Z.I.A (Zon Industri Akuakultur) yang merupakan kaw pembiakan benih hidupan laut spt ikan,udang,ketam,kerang,kupang, siput,lokan dan peibagai spesis hidupan laut yg lain.


Pusat penternakan udang dan ikan milik LKIM yg terletak bersebelahan dengan kaw. telah pun ditutup dan diserahkan kpd pengusaha swata.Perkerja tempatan diberhentikan dan kini pekerja warga asing menguasai tempat tersebut.ADUN UMNO dan BN menipu orang kampung lagi.



Label: , ,

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama