280 Syahid dibunuh Israel`

Israel yang mendapat sokongan sekutu terdekatnya, Amerika Syarikat, menamakan kempen terbaru ketenteraannya di Gaza sebagai 'Operation Cast Lead', memulakan serangan menerusi 60 jet pejuang ke atas 50 sasaran dalam masa beberapa minit. Hamas pula bertindak balas dengan melancarkan lebih 150 roket dan mortar ke selatan negara Yahudi itu menyebabkan seorang maut dan beberapa lagi cedera.

Kempen pengeboman Israel dilancarkan selepas tamatnya gencatan senjata enam bulan antara negara itu dan Hamas, lapan hari lalu. Ia juga berlaku dua bulan sebelum pilihan raya Israel. Kekejaman rejim Zionis terhadap 1.5 juta penduduk Gaza menyebabkan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan kenyataan menggesa Israel menamatkan tindakan ketenteraannya.

Ulasan:
Pembunuhan kejam rakyat Palestien oleh rejim Zionis merupakan penghinaan terhadap umat Islam seluruhnya.Adakah kita hanya melahirkan rasa simpati dan berpeluk tubuh.Tidakkah pemimpin negara umat Islam sepatutnya bersatu menentang kezaliman ini?tanggal 1MUHARRAM 1430 sengaja dipilih untuk menghina umat Islam seluruh dunia sebagaimana Amerika memilih 10ZULHIJJAH untuk meggantung al-marhum SADDAM HUSIN.Saya berpendapat Geogre W. Bush adalah dalang disebalik serangan ini apabila umat Arab mula bersatu apabila tindakan membaling kasut oleh MUNTADAR EL-ZEIDI mula menyatukan umat Arab.Perlantikan Barack Husien Obama sebagai Presiden Amerika hanyalah sebagai boneka Yahudi bagi memastikan agenda mereka tercapai.
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama