PEMIMPIN BN MASIH BELUM ADA KESEDARAN - Malaysiakini
Bila orang bertanya kepada saya, adakah anda anti hiburan, saya akan mengatakan dengan perkataan TIDAK !!. Tetapi cuma yang saya harapkan agar ia dilaksanakan dengan situasi yang teratur sepertimana kerajaan Negeri Kelantan mengadakan konsert nasyid dengan menjemput Mawi, Ustaz Akhil Havy, Rabbani dan sebagainya. Kelantan dibawa pentadbiran Tuan Guru Nik Aziz telah mencetus satu fenomena baru dalam dunia hiburan tanah air dimana :-
1.mengasingkan kedudukan lelaki dan perempuan serta juga menyediakan ruangan khas untuk keluarga
2.dimulakan dengan solat isyak secara berjemaah sebelum berlangsungnya konsert tersebut serta diakhiri dengan bacaan doa moga ia dijauhi daripada sebarang2 gejala yang tidak sepatutnya
3.Hanya menjemput penyanyi dikalangan kaum Adam sahaja
4.Tiada lonjak2 dan sikap gila2 dalam konsert2 yang diadakan di Negeri2 yang diterajui oleh UMNO dan BN
5.dalam kes Waheeda (wasini) beliau hanya menyanyi dikalangan kaum muslimat sahaja tanpa dihadiri oleh kaum muslimin. Kiranya konsert tertutup la tu
Erti kata, masalah ini boleh diselesaikan jika kerajaan negeri yang ditadbir oleh BN mengikut garis panduan yang diberikan. Cukup saya kesalkan dimana perkara ini berlaku semasa majlis sambutan tahun baru 2009 yang diadakan di Dataran Merdeka malam semalam. Dalam keadaan bala yang mendatang, masih lagi ada pihak yang tidak mengambil iktibar dan saya juga difahamkan konsert tetap dijalankan. Pasangan muda-mudi sudah semestinya rata2 akan menjadi belangkas pada malam tersebut.
Tidak hairanlah pada setiap kali sambutan tahun baru akan ada remaja dan muda-mudi yang ditangkap kerana melakukan pesta seks, berzina dan bergaul secara bebas di hotel dan sebagainya. Ini semua kerana kerajaan sendiri menggalakkan program hiburan dan konsert di bandar-bandar besar hingga larut malam dan awal pagi.
Lebih malangnya, Imam Hadhari iaitu Pak Lah sedikit tidak berasa bimbang sebaliknya megah menyambut tahun 2009. Bak kata Sofi Wahab di dalam blognya, "Saya bimbang jika pemimpin yang perangai sebegini terus dipilih pada pilihanraya akan datang rakyat negara kita mungkin akan terus terjerumus ke kancah maksiat dengan lebih teruk
Label: Barisan Nasional, Tahun Baru, UMNO