Selasa, 16 Disember 2008

Iklan Kejohanan Futsal


Label:

Isnin, 15 Disember 2008

Kerajaan Perak membazir

KUALA LUMPUR 14 Dis. – Keputusan kerajaan negeri Perak menggunakan kereta Toyota Camry 2.4 bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri disifatkan sebagai membazirkan duit rakyat.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, ia merupakan tindakan kurang bijak kerana ketika sesetengah negeri ingin menjimatkan perbelanjaan dengan memajak kereta, kerajaan negeri itu pula menghabiskan duit rakyat dengan membeli kereta import dengan alasan yang tidak munasabah.Mulai 1 Januari ini, katanya, kerajaan negeri Melaka akan memajak kereta rasmi daripada syarikat konsesi Spanco Sdn. Bhd. (Spanco) sebagai langkah berjimat-cermat. Kami dapat menjimatkan kos penyelenggaraan RM300,000 setahun dan RM1.4 juta bagi tempoh lima tahun berdasarkan perbandingan jumlah kos yang sama dari tahun 2003 hingga 2008. “Spanco juga bertanggungjawab untuk membekal, menyenggara dan membaiki semua kenderaan yang dipajak oleh kerajaan. Jadi alasan kos membaiki serta menyelenggara Proton Perdana yang begitu tinggi tidak boleh diterima,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

ulasan: Kenyataan K.Menteri Melaka yang menyifatkan Kerajaan N.Perak sebagai membazir umpama menepuk air di dalam dulang terpercik muka sendiri kerana semua tahu bahawa hutang kerajaan N.Melaka sekarang berjumlah RM1.8b....apahal beb Ini kenyataan untuk meraih publisiti murahan bagi mendapat sokongan timb presiden umno. Sebelum ini kenyataan beliau mengenai tragedi bkt antarabangsa dan menarik balik larangan melawat kelantan jelas menunjukan beliau mempunyai agenda untuk meraih sokongan jawatan yang beliau akan tandingi

Label: