Jumaat, 12 Disember 2008

Sungai Rambai mula dilanda banjir

12Dis2008 - Sungai Rambai mula dilanda banjir apabila air Sungai Kesang mula melimpah.Beberapa rumah di Kampung Parit Penghulu Benteng yang bersebelahan dgn Sungai Kesang telah digenangi air.Saya bersama anak sulung saya Khalili yg berumur 11 tahun turun memantau keadaan.Dia bertindak sebagai jurugambar saya.Kami bermotorsikal ke sana.Sungai Kesang memisahkan Kampung Teluk Rimba yg terletak di negeri Johor dgn K.P.P.Benteng yg berada di N.Melaka.Kawasan sawah dan kebun kelapa sawit telah dipenuhi air di Kampung Teluk Rimba.
Beberapa keluarga telah pun berpindah ke Sekolah Agama Rakyat Parit Penghulu yg terletak berhadapan dgn Masjid Parit Penghulu.Ketika kami sampai di sana pelbagai petugas dari agensi kerajaan seperti Kem. Kesihatan,Jab.Kebajikan Masyarakat,PDRM dan ATM telah pun berada di pusat pemindahan.Saya mengambil keputusan untuk singgah minum di warung kopi yg terletak bersebelahan dgn pusat pemindahan.Oleh kerana memakai t-shirt berlambang Tok Guru dan pangkah bulan saya diperli adakah disitu ada pilihanraya kecil.Saya pantas menjawab kerana YB belum mati.


Berdasarkan respon yg saya terima dan pengalaman saya penyokong tegar BN biasanya memandang sebelah mata terhadap pertolongan yg diberikan oleh PAS ,terutama apabila mereka dikunjungi oleh Ketua Menteri atau Menteri.Oleh itu saya berpendapat belum masanya PAS mengulurkan bantuan.Berdasarkan pengalaman banjir yg lalu ,sewaktu mengiringi Tim. Presiden PAS Ustd. Nasarudin Mat Isa penyokong tegar BN hanya menyambut kedatangan PAS apabila pusat pemindahan mereka tidak dilawati menteri.

Rabu, 10 Disember 2008

Pengorbanan Disebalik Hari Raya Qurban -Malaysiakini

Sempena Hari Raya Aidiladha 1429H Majlis Tindakan DUN Sungai Rambai dan PASTI Al-Hasanah telah berjaya melaksanakan Ibadah Qurban. Majlis itu telah diadakan markas MTD N28 di kampung Sebatu Melaka.Sebanyak 6 ekor lembu dan 4 ekor kambing telah dikorbankan.Majlis itu telah dilaksanakan pada 9 Dis 2008 bersamaan 11 Zulhijah 1429H


Pengrusi MTD Sungai Rambai Tn Hj Azutdin Hasan,Pengerusi Pasti Al-Hasanah Tn Hj Md Yasin Abu Amin dan Ketua Caw Pas Sebatu Hj Muslaini Bahrom adalah pengerak utama program ini.Ianya telah mendapat sambutan pelbagai lapisan masyarakat. Ketua DPPK Jasin saudara Aminuddin Abdul Jalil bekas calun Pas N28 Sungai Rambai turut sama menjayakan qurban tersebut.

Semua yg menyertai program qurban telah menerima daging qurban dan daging yg selebihnya telah diagihkan kpd fakir miskin.Majlis telah diakhiri dengan bacaan tahlil ,doa dan kenduri kesyukuran.



Label: , ,